Ahlan wasahlan saya ucapkan,
Mengalu-ngalukan kunjungan kawan,
Kalau sudi, saya kata silakan,
Terimalah penulisan yang penuh dengan kekurangan.
Setiap patah saya susunkan,
Untuk berkongsi dengan kawan-kawan seperjuangan,
Jika kata-kata penuh dengan kekurangan,
Silalah beri teguran.
Pagi2 makan roti,
Roti dibeli di sungai buluh,
Dulu-dulu saya sekolah pasti,
Pasti di Bt 30.
Disini bermula pendidikan awal,
Mengenal ABCDE,
Saya belajar di SK Jambu Lawar,
Semoga ilmu mudah dikuasai.
Sambung pula di Maahad Syamsul Maarif,
Untuk belajar ilmu agama,
Kalau kita orang yang arif,
Blog ini untuk kongsian bersama.
Sentiasa bangun di pagi hari,
Pakai kopiah sambil berdiri,
Terus sujud pada Ilahi,
Sayalah RADHIAH nama diberi.
Ma cadang nama RABIHAH,
Abah beri nama RADHIAH,
Kalau kita banyak Sarwah Lughawiyyah,
Jom kita sertai dakwah.
Disitu wahyu bermula,
Namanya cantik sungguh bermakna,
Gua Hira' empunya nama,
Iqra' mesti diutama.
Sunday, 31 March 2013
Rahsia solat sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha ialah solat yang
dilakukan pada waktu Dhuha, iaitu pada saat matahari naik lebih kurang
segalah(kira-kira pukul 8.00 pagi) sehinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah
langit (istiwa’). Waktunya ialah selepas waktu solat sunat Isyraq.
Selain
itu, ia juga termasuk di dalam solat yang disyariatkan di dalam Islam. Solat ini boleh dilakukan sebanyak
dua, empat, enam sehingga dua belas rakaat, dan tiap-tiap dua rakaat satu
salam.
Sebagaimana yang
kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah
terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka
yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah. Rasulullah bersabda yang
bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah,
akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”Rasulullah
bersabda lagi,“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
(kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya
orang-orang yang bertaubat
Terdapat
banyak riwayat yang menyatakan rahsia dan
kelebihan atau keutamaan solat Dhuha ini, antaranya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan
Abu Daud dari Abu Dzar r.a. yang bermaksud “Hendaklah setiap kamu bersedekah
untuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap
takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang keburukan
adalah sedekah, dan sebagai ganti dari semuanya itu, cukuplah mengerjakan solat
Dhuha sebanyak dua rakaat.”
Ahmad
dan Abu Daud meriwayatkan dari Buraidah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
yang bermaksud “Dalam tubuh manusia itu terdapat 360 ruas tulang. Hendaklah dia
bersedekah untuk setiap ruas itu.” Para sahabat bertanya “Siapakah yang mampu
melaksanakan itu, Ya Rasulullah…? Rasulullah s.a.w. menjawab, “Kotoran yang ada
di masjid, lantas ditutupnya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan
dari tengah jalan itu bererti sedekah. Atau sekiranya sanggup, cukuplah diganti
dengan mengerjakan sembahyang Dhuha dua rakaat.”
Hakim
dan Tabrani meriwayatkan dari Nuwas bin Sam’an, bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
yang bermaksud “ALLAH ‘Azza Wajalla berfirman “Wahai Anak Adam, jangan sekali-kali
engkau malas mengerjakan sembahyang sebanyak empat rakaat pada permulaan siang
(solat Dhuha), kelak akan aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.”
Ahmad,
Tabrani dan Abu Ya’la dari ‘Abd Allah ibn Amr telah meriwayatkan yang bermaksud
“Rasulullah s.a.w. mengirimkan satu pasukan tentera lalu mereka banyak
mendapatkan harta rampasan dan cepat kembali. Maka orang ramai memperkenalkan
betapa cepatnya perang itu selesai dan betapa banyaknya harta rampasan diperolehi
dan segera pula kembali. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Mahukah kamu saya
tunjukkan sesuatu yang lebih cepat dari peperangan yang semacam itu, lebih
banyak pula harta rampasan yang diperolehi bahkan lebih cepat pula kembali
daripada itu…? Iaitu seseorang yang berwudhuk kemudian pergi ke masjid untuk
melakukan solat Dhuha. Orang itulah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih
banyak memperolehi harta rampasan akan lebih segera pula kembalinya.”
Disamping
itu, jika kita meneliti dan menghayati doa solat sunat ini, sebenarnya ia
mengandungi makna yang mendalam berkaitan rezeki. Kita sebagai hamba sepatutnya
kita hendaklah sentiasa meminta daripada Allah s.a.w supaya dimurahkan rezeki
kerana kita merupakan hambaNya yang sangat lemah dan tidak mengetahui untung
nasib kita pada masa hadapan. Sesuailah dengan salah satu daripada 99 namaNya
ialah Ar-Razzaq iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.
Jadi, eloklah kita menunaikan solat ini paling
kurang dua atau empat rakaat setiap hari
pada waktu pagi yang tidak perlu kepada bayaran wang sedikit pun. Jika kita
benar-benar orang yang berfikir, mengapa kita tidak mampu untuk meluangkan masa
bersama Allah dengan hanya 10 minit sahaja, berbanding kita melakukan perkara-perkara
lain dengan berjam-jam di hadapan laptop dan sebagainya. Masa yang Allah
berikan kepada kita sangat panjang selama 24 jam dalam sehari dan betapa Allah
sangat menyayangi hambaNya dengan
menyediakan kepada kita nikmat-nikmat yang tidak ternilai banyaknya.
Ambillah sedikit masa untuk menunaikan solat ini tanda kita bersyukur dengan
nikmat-nikmat dan rezeki-rezeki yang telah dikurniakn kepada kita setiap hari.
Berdasarkan surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
memaklumkan, “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika
kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azabku sangat berat.”
Demikian
itu, rezeki memberi makna yang cukup luas, kesihatan yang Allah berikan kepada
kita adalah rezeki, kejayaan juga rezeki, mendapat anak yang soleh juga rezeki,
mendapat kerja juga rezeki, dapat merasai makanan yang enak juga rezeki, dapat
membeli kereta juga rezeki dan setiap apa yang Allah berikan kepada manusia
adalah rezeki. Rezeki benar-benar merupakan rahsia daripada Allah kerana jika
benar-benar Allah tetapkan rezeki itu kepada kita, walaupun ia berada di
langit, di laut atau jika payah mana sekalipun dengan izin Allah tetap Allah
berikan kepada kita. Berdasarkan doa solat Dhuha yang bermaksud “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu
waktu Dhuha Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahannya adalah
keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaannya adalah kekuasaan-Mu, perlindungannya adalah
perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezkiku di langit, turunkanlah, jika di bumi,
keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh
dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan
kekuasaan-Mu. Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.”
Berdasarkan makna doa ini, sebenarnya kita
tidak mempunyai apa-apa, setiap anggota-anggota dan harta-harta kepunyaan kita
hanyalah pinjaman daripadaNya, buktinya disaat setiap manusia meninggal dunia
kita tidak akan membawa segala apa yang kita usahakan di dunia samada wang
berjuta-juta ringgit, kereta yang mewah, rumah yang besar, dan sebagainya. Kita
hanya pergi dengan pakaian yang serba putih peneman kita hanyalah amalan-amalan
kita di dunia, jika baik amalan itu maka beruntunglah, jika jahat amalan itu,
maka akan merasai azab yang pedih daripada Allah s.w.t.
Dengan menunaikan solat ini juga,
manusia akan mendapat ketenangan. Apabila sebut pasal ketenangan semua manusia
mahukan ketenangan. Ia sukar untuk ditafsirkan
kerana ia lahir dari dalam jiwa manusia. Tiada siapa yang mengetahui isi hati
manusia hanyalah Allah. Ketenangan
memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap manusia, ia merupakan sesuatu
yang amat menarik kerana sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata, hanya
boleh dirasai bagi sesiapa yang merasainya. Jika manusia itu mempunyai kekayaan
sekali pun belum tentu akan dapat merasainya. Kadang-kadang orang fakir atau
miskin lebih merasai ketenangan daripada orang kaya, kerana ketenangan itu perlu
dicari dalam diri manusia itu sendiri. Orang miskin masih boleh merasai
ketenangan berbanding orang kaya yang punya segala kemudahan dan kemewahan,
kerana mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Sebaliknya orang
kaya mereka akan rasa gelisah jika mereka tidak mendapat apa yang mereka
inginkan menyebabkan hati dan jiwa mereka berasa keluh kesah. Betapa pentingnya
kaya jiwa daripada kaya harta kerana orang yang kaya jiwa, biasanya mereka
adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada(Qanaah).
Berbalik kepada rahsia solat sunat
Dhuha, kita sebagai hambaNya sentiasalah kita mengingati Allah dengan cara
melakukan solat sunat ini. Berdasarkan surah Ar-Ra’d ayat 28 bermaksud:(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
Saturday, 30 March 2013
Aku Datang Menyahut Seruanmu YA ALLAH…
Sebenarnya aku tak tahu dan tiada siapa yang
tahu aku akan jejakkan kaki ke Tanah Suci pada awal tahun 2013 baru-baru ini…Pergi
tanpa membuat perancangan…keputusan untuk pergi kesana hnyalah dlm masa 3
minggu dr tarikh pergi…pada malam sblum tahu untuk pergi kesana, secara tiba2
hatiku berbicara,,,bilakah aku akan dijemput olehMU YA ALLAH ??? Sungguh
hambaMu ini x punya apa-apa…tp dalam usia sebegini, izinkanlah aku kesana…luah
aku bersendirian… dengan penuh pengharapan kpdMU.
Fuh, terasa
sangt ajaib bagiku… Sungguh benar, Allah telah tetapkan untukku menjejakkan
kaki diusia yang agak muda ini…sayu rasa hati n lemah rasa jiwa hanya
mengharapkan kepadaMU YA ALLAH…
Betapa lemahnya diri ini, tidak tahu mengatur dan juga tidak tahu apa yg akan berlaku pd
masa akan datang, aku percaya setiap apa yang ALLAH aturkan semuanya adalah
yang terbaikkk untukku…Keesokan harinya…mamaku menefon bertanyakan tentang
sesuatu yg sangt mengembirakan hatiku…dgn memberitahu : “Yah, Abah dan Ma Insya’
ALLAH nk pergi umrah awal bulan dua ni” aku terus menyambung,,,ooo
Alhamdulillah ye ker??? Bestnyer, aku menunggu soalan yg keluar dr bibir
mamaku, tetiba dia tnyer, Yah, bila ada cuti ???…aku menjawab, oghe(saya gnti
nama mnja dlm bahasa kelantan) ado cuti lpas exam ni, sebulan,,,aku masih lagi
menunggu soalannya, Yah nak tak pergi umrah ??? soalan inilah ygku tunggu,
berbunga rasa hati bercampur sebak…
Sebelum
turun dari rumah, aku terasa sangat gementar kerana aku fikir, layakkah aku
menjejakkan kaki kesana???, tp dalam masa yg sama aku tak sabar-sabar untuk menyaksikan
keagungan dan kekuasaan Allah disana…sebelum ni aku hnya dengar cerita-cerita
drpd org, tengok dlm TV dan dlm gambar-gambar jer…Alhamdulillah sudah tiba
giliran aku pula…aku akan kongsikan cerita yg seterusnya…Sesuatu yg ajaib aku rasa…
Rahsia disebalik nama
Nihrirah Abqariyyah
Diambil drpd 2 patah perkataan arab, Nihrir memberi makna org alim yang sangat bijak. Manakala Abqari pula memberi makna cerdik.
Diambil drpd 2 patah perkataan arab, Nihrir memberi makna org alim yang sangat bijak. Manakala Abqari pula memberi makna cerdik.
Subscribe to:
Posts (Atom)

